Thursday, February 23, 2012

Cara - cara kelihatan cantik dalam foto


·    1.
Fokus mata anda sedikit ke atas lensa kamera.
Gerak muka anda sedikit ke depan dan turunkan dagu anda.

·    2.

Letak lidah anda dibelakang gigi dan senyum.
Ianya akan merelakskan muka anda.

·    3.
Biar bahu anda di sisi
Namun jangan kelihatan kaku.  Untuk kelihatan lebih asli,  bahu seharusnya sedikit jauh dari tubuh anda.

·    4.
Foto menonjolkan segalanya.
Jadi mekap hendaklah tidak keterlaluan.  Bagi wanita di bawah usia 30, sedikit mascara dan glos bibir, lebih usia 30 pula, tambahan sedikit ‘concealer’ ( untuk menutup cela di wajah )

·    5.

Latih gaya klasik peragawati
Pusing tubuh anda ¾ menghadap kamera, dengan sebelah kaki di hadapan sebelah yang lain dan sebelah bahu lebih dekat kepada juru kamera.  Sekiranya muka anda ke depan, badan anda akan kelihatan lebih lebar.

·    6.
Untuk posisi berdiri dalam foto
Perut ke dalam, punggung tegang, bahu ke belakang, tulang belakang tegak.

·    7.
Kaji orang yang fotogenik.
Cuba tengok foto-foto anda yang paling menarik.  Sudut yang mana terbaik untuk anda?  Anda mungkin dapat melihat foto anda yang cantik semasa ketawa atau saat anda sedang bergembira.  Mengambil foto seseorang apabila mereka relaks dan riang selalunya menghasilkan foto yang terbaik.

·    8.

Untuk mengurangkan ketegangan dan relaks
Cuba tutup mata anda, kemudian buka semula perlahan-lahan sebelum foto anda diambil

By Karen Lee | former model handler at the Elite modeling agency and head of the Karen Lee Group. from Reader's Digest August 2009

Teringat ketika remaja dahulu, suka mengambil foto untuk kenangan.  Namun pada waktu itu, kalau orang yang mengambil foto tak tau ambil, habislah.  Bayangkan foto tanpa kaki, separuh badan atau posisi dan wajah yang teruk.  Kalau dah hantar ke kedai foto untuk proses, terpaksa cetak semuanya.

Berbeda zaman sekarang, remaja boleh mengambil ribuan foto, cetak yang terbaik sahaja.  Kalau tidak cetakpun boleh simpan kat komputer atau biar terpampang di desktop.  Kalau gambar tak cantik boleh 'edit' sana sini.

Nampaknya kata-kata 'photo/pictures don't lie' sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh dipakai.  Apa tidaknya foto orang tua pun boleh diubah menjadi muda. Oleh itu, awaslah para remaja, jangan tertipu oleh foto cantik yang dikirimkan oleh orang yang dikenali dari alam cyber.  Itulah sebabnya foto yang ditonjolkan di depan kulit majalah selalunya begitu sempurna.





No comments: