Tuesday, February 14, 2012

Lafaz cinta dalam pelbagai bahasa

Lafaz cinta dalam pelbagai bahasa

Sempena Hari Kekasih ini, memang wajar dan tepatlah saya membicarakan soal cinta dan kasih sayang sesama insan di seluruh dunia.

Kalau anda bukan dari golongan romantis yang mudah meluahkan perasaan anda, inilah harinya anda mengambil kesempatan untuk memberanikan diri berbuat demikian.  Usah malu dan segan, mana tahu, insan yang anda berkenan itu juga mempunyai perasaan yang sama.

Cinta dan kasih sayang telah wujud sejak dahulu.  Dan ianya akan kekal selama-lamanya.


Berikut adalah Lafaz cinta dalam pelbagai bahasa.  Mungkin insan yang anda cintai bukan dari bangsa anda dan tentu lebih menarik dan menawan sekiranya anda dapat lafazkannya dalam bahasa ibundanya.

English : I love you

Melayu : Aku cinta kamu

Mandarin : Wo ai ni

Cantonese : Ngo Ngoai Lay

Tamil : Naan unnai kadhalikkiren

Kadazan : Guminavo zou diau

Filipina : Mahal kita

Korea : Sarang hae yo

Jepun : Aishiteru

Russia : Ya Iyublyu tebya

Perancis : Je t’aime

Parsi : Tora dost daram

Iceland : Eg elska thig

Teringat zaman percintaan dahulu, surat cinta pada si dia selalunya diakhiri dengan perkataan HACKS

H - Hanya
             A - Aku
                 C - Cinta

                K - Kau

               S – Seorang




1 comment:

Misz Fahima :3 said...

nk try tackle pakwe larrhh . hehe