Thursday, February 16, 2012

Minda Yang Cergas



Tertarik dengan artikel di atas, saya bersependapat bahawa untuk mendapatkan minda yang cergas, banyak perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan.
  1. Bersarapan ~ Sarapan penting, pengambilan yang sedikit bagi diri saya adalah memadai.  Bila saya tidak bersarapan, perut mula berkeroncong, tenaga berkurangan dan kepala mulai pening.
  2. Terlebih makan ~ Bila kita terlalu kenyang, kita rasa mengantuk dan malas. Keadaan lebih teruk bila menghadiri jamuan makan bufet yang menghidangkan pelbagai makanan yang lazat. Cukuplah sekadar merasa kenyang dengan makanan yang berkhasiat.  Elakkan dari terlalu kenyang. Kesederhanaan adalah kunci segala-galanya.
  3. Merokok ~ Merokok bukan sahaja merbahayakan kesihatan anda tetapi juga orang sekeliling anda. Bila anda merokok, anda umpamanya membakar wang ringgit anda.  Bayangkan sebungkus rokok bukannya murah, tambah lagi orang yang kronik merokok. Mulut dan badan juga berbau.  Saya tidak merokok dan saya tidak suka bila orang merokok di depan saya.  Cukuplah dengan pencemaran asap dan udara yang ada sekarang.  Sebab itulah orang zaman sekarang banyak  penyakit.  Kata teman, bila stress atau menghadapi masalah, dia merokok.  Kata saya, kalau merokok boleh menghilangkan stress dan masalah, saya pun hendak merokok.  Namun setahu saya, masalah tetap masalah walaupun merokok.  Mungkin itu alasan sahaja.
  4. Pengambilan Gula Berlebihan ~ 'Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman'.  Manis memanglah sedap namun kesedapan yang memudaratkan, sepatutnya dielakkan. Bilangan pesakit kencing manis semakin bertambah.Pengidap diabetis selalunya juga menghidapi penyakit lain yang berkaitan.  Bila berpenyakit, otak dan minda kita turut terjejas.
  5. Hidu Udara tercemar ~ Seperti yang saya perkatakan di dalam perkara 3.  Udara yang tercemar membawa penyakit yang turut melemahkan minda kita.
  6. Tidur Berlebihan ~ Tidur yang berlebihan mahupun  kurang tidur adalah tidak baik untuk otak dan minda kita. Untuk mendapatkan minda yang tajam dan cergas, kita seharusnya aktif mengerakkan badan dengan bekerja atau bersenam.
  7. Menutup muka Ketika Tidur ~ Posisi ketika tidur adalah penting.  Elakkan menutup muka ketika tidur.  Saya suka tidur terlentang dan mengubah posisi dari semasa ke semasa ketika tidur.
  8. Kurang Berimaginasi ~ Imaginasi menajamkan daya pemikiran.  Sebab itulah kanak-kanak diajar agar lebih kreatif dan berimaginasi agar keupayaan minda mereka meningkat.
  9. Jarang Berfikir ~ Bila kita jarang berfikir, otak kita menjadi lembap.  Ini adalah kerana kita seolah-olah tidak melatih otak kita bekerja dan ia menjadi malas.  Sebagai contoh, orang yang pencen tidak secergas sewaktu bekerja kerana keupayaan otak menurun disebabkan jarang berfikir dibandingkan sebelumnya. Dengan kehidupan dan pekerjaan sekarang, minda saya memang cergas kerana ianya telah dilatih untuk berfikir menyelesaikan masalah harian dan masalah kerja.  Tak tau pula, bila menjelang tua nanti.
  10. Tidak Membaca Al Quran ~  Saya berpendapat bukan sahaja membaca Al Quran malahan apa-apa bahan bacaan yang membawa menafaat dan ilmu kepada kita adalah baik untuk kecergasan otak.  Bagi penganut agama lain, kitab dan buku-buku keagamaan dan kerohanian membersihkan jiwa dan menenangkan minda.  Orang yang suka membaca biasanya mempunyai akal dan daya pemikiran yang baik.





No comments: