Saturday, February 4, 2012

Apa yang Lelaki Bernama Suami Ingin?



Baca senarai di atas, 10 soalan untuk para isteri menjawabnya.  Sekiranya semua jawapannya 'ya', nanti dulu usah terlalu girang, kerana walaupun perkahwinan anda berjalan lancar, jangan terlalu menjangka bahawa suami anda tidak bermain kayu tiga di luar.  Jangan fikir bahawa masalah ini tidak mungkin terjadi kepada anda.

Apa yang lelaki bernama suami inginkan dalam hidup mereka?  Inilah persoalan yang tertanya-tanya dalam diri ini.

Bila manusia bernama suami yang tampaknya terlalu penyayang ini, mula bermain kayu tiga dan berjinak-jinak dengan wanita, awalnya tidak serius namun akhirnya terjebak dengan keseronokan.  Walaupun mabuk kepayang, awalnya memang dapat menyembunyikan rahsia dari si isteri.  Di rumah memang tunjuk sayang anak bini.  Tentulah isteri dan sanak saudara tidak akan percaya kiranya rahsia terbongkar.

Apa kurangnya isteri dirumah tu?  Seorang yang berkarier, cantik, penyayang, insan yang bersusah payah lahirkan zuriat yang cantik-cantik untuk anda.  Mungkin dia tidak sempurna, namun tidakkah anda lihat betapa dia cuba menyempurnakan segala-galanya untuk kamu, wahai suami??

Desas-desus kedengaran dahulu, namun kerana kasih dan sayangnya pada anak-anak, anda dimaafkan.  Waktu itu, aku memang dapat menyuarakan pendapatku, memujuknya. 

Kalau anda benar-benar sayangkan keluarga, mengapa tidak putuskan hubungan yang terjalin?  Keseronokan nafsu semata-mata?  Isteri anda itu boleh menandinginya kalau anda katakan itu yang anda mahu kepadanya.  Seksi?? Isteri anda boleh lebih dari itu.  Bagi sahaja wang yang banyak padanya, saban hari dia dapat cantikkan diri untuk anda.

Mungkin kerana anda rasa isteri anda terlalu sayang pada anda dan anak-anak, anda lakukan sewenang-wenangnya.  Anda punya hak sebagai suami??? Apa hak isteri pula???


Kali ini, rahsia anda terbongkar.  Isteri anda makan hati lagi.  Kali ini isteri anda sudah nekad.  Anda mula ingin bertaubat dan memulakan kehidupan bersama sekali lagi.  Namun tahukah anda, bagaimana hancur lulur hati wanita segagah itu.  Pernahkah anda selami hatinya, betapa perit luka hatinya akibat perbuatan anda. Kini isteri anda sudah tawar hati, tangisan disebalik senyuman yang orang lain tidak akan mengerti.

Bagaimana aku dapat menasihati isteri anda untuk tidak memutuskan ikatan yang terjalin??  Aku lebih memahaminya kerana aku sudah melaluinya.  Apakah kepastian dan jaminan yang anda dapat berikan bahawa anda akan kekal setia sepanjang hayat??  Bagaimana kiranya anda kembali kepada perangai lama sepuluh tahun kemudiannya?  Bukankah isteri anda membuang masa mudanya semata-mata untuk mengharapkan sesuatu yang tidak pasti??  Apakah berbaloi mahligai bahagia yang dibina bertahun-tahun runtuh begitu sahaja kerana kebodohan anda?? Khayalan dan desakan nafsu syaitan semata-mata.

Kali ini rasanya aku gagal memujuk isterimu.  Dan aku menangis ~ kerana aku akan senyum gembira apabila melihat keluarga yang bahagia.  Melihat Pasangan yang bersama sehingga akhir hayat. 

Buat Anda ( Para Suami ) berfikir sebelum menjalinkan sebarang hubungan.  Jangan kecewakan hati wanita-wanita yang terperangkap di dalam hubungan anda. 







No comments: