'Manusia mengabaikan kesihatan demi mengejar kekayaan dan kemudiannya menggunakan kekayaan untuk mengubati penyakit yang dihidap akibat pengabaian itu'
Kenyataan itu ada benarnya. Di era ini, manusia terlalu mengejar kekayaan dunia. Terlalu bersikap materalistik.
Kalau anda seorang yang kaya, namun anda begitu gusar tentang kekayaan anda, saya berpendapat anda seorang yang bodoh. Sepatutnya anda sekarang menikmati kekayaan itu. Wang kita bukan milik kita sekiranya kita tidak dapat membelanjakannya untuk kebaikan diri.
Seandainya anda sekarang sedang berusaha memiliki kekayaan, syabas. Namun ketepikan sedikit masa untuk manjakan diri dan nikmati keindahan dunia ini dengan cara yang positif. Waktu kerja, beri tumpuan sepenuhnya. Pulang rumah, sepatutnya anda nikmati setiap waktu terluang bersama keluarga ataupun teman.
Jaga kesihatan kerana anda perlu hidup lama untuk menikmati hasil usaha anda.
Salah satu caranya adalah dengan bersenam.
Kalau anda kaya dan malas ke gym, belilah peralatan senaman dan pastikan anda menetapkan dan meluangkan sedikit masa untuk bersenam.
Kalau anda tidak kaya, tiada masalah kerana taman perbandaran dan perumahan berada dekat anda. Percuma. Joging, jalan-jalan ok juga. Khususnya orang muda sekarang, jangan asyik duduk depan komputer sahaja.
Berbalik kepada topik bersenam, saya baru pulang dari gym. Sudah hampir 2 bulan tak ke gym.
Gym yang dikunjungi adalah Absolute Fitness. Ianya terletak di dalam Kelab Heritage, Pulau Pinang. Tiada masalah tempat letak kereta dikelab tersebut. Saya memilih gym ini kerana ianya terletak di tengah-tengah perjalanan balik dari tempat kerja dan tempat tinggal saya.
Absolute Fitness mempunyai 2 lagi cawangan iaitu di Queensbay Mall, Bayan Lepas dan Auto City, Juru.
Terbaru Absolute Fitness membuka satu lagi cawangan di Sunway Carnival Mall, Butterworth.
Bagi anda yang menjadi ahli, anda boleh menggunakan mana-mana cawangan gym berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Absolute Fitness
** 14.05.2012 Terkini dengar ura-ura Absolute Fitness akan membuka satu lagi cawangan di Belleview Air Itam.
Saya suka mengikuti kelas-kelas senaman yang diadakan setiap hari mengikut jadual.
Diiringi oleh guru aerobik, muzik dan ahli-ahli lain, senaman menjadi suatu rutin yang menyeronokkan. Terdapat kelas step,yoga, belly dance, senamrobik, waterobics, spinning, fitball dan macam-macam lagi. Anda boleh bersenam sendirian kerana terdapat peralatan senaman canggih dan terkini. Anda juga boleh melantik pengajar peribadi di situ untuk melatih anda.
'HEALTH IS WEALTH '

No comments:
Post a Comment