Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak salon kecantikan yang dibuka di Pulau Pinang umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Nampaknya bidang kecantikan menjadi pilihan dan tumpuan disebabkan anak-anak muda sekarang sanggup berbelanja demi untuk kelihatan cantik.
Pelbagai iklan dan produk kecantikan menyemarakkan lagi saingan di antara salon/spa kecantikan.
Terdapat website2 berkenaan yang menawarkan kupon-kupon penjimatan untuk rawatan kecantikan.
Apalagi saya pun tidak melepaskan peluang untuk membeli kupon-kupon untuk perkhidmatan yang saya gemari.
RM28.80 instead of RM382 for a COMPLETELY FANTASTIC Facial + 5 EXTRA Treatments: at Elysee Beauty, Jalan Chow Thye [92% OFF]
Tadi saya baru sahaja selesai menjalani rawatan muka (sesi pertama)di Elysee Beauty. Selain dari tawaran dengan harga yang menarik, saya memilih untuk mencuba di Elysee Beauty kerana produk yang digunakan iaitu Bellewave pernah saya gunakan. Saya lebih berhati-hati tentang produk kerana kulit muka saya sangat sensitif dan penggunaan produk yang salah akan mengakibatkan bintik2 diseluruh muka.
Tiba pukul 2 petang seperti dijanjikan. Elysee Beauty Salon terletak sebarisan dan berhampiran dengan Jemputree Cafe. Halaman salon ini kelihatan agak usang, namun jangan mengadili buku dari sampulnya. Tiada masalah tempat letak kereta kerana saya boleh meletakkan kereta dipekarangan salon.
Melangkah masuk ke dalam salon, suasananya amat nyaman dan menarik.
Apalagi ditambah dengan kemesraan perunding2 kecantikan yang menyambut kedatangan saya.
Bermula rawatan muka saya selama lebih 1 1/2 jam. Rawatan dimulakan dengan:-
•1 hour Facial: Double Cleanse, Renewer Treatment, Extraction,
Anti-septic, Face & Shoulder Massage, Serum, Mask
• 2 out of following 5 Treatments on the First Visit:
◦30 minutes Paraffin Hand Wax
◦20 minutes Face Scraping
◦25 minutes Stomach Body Slimming
◦25 minutes Hydro Eye Treatment
◦30 minutes Ear Candling
Relaksnya.. Yalah, muka disentuh dan dibelai dengan jari jemari yang lembut. Alangkah seronok kalau selalu dapat berbuat demikian.
Saya membuat temujanji untuk sesi kedua pada bulan hadapan.
Alamat :-
Elysee Beauty
50, Jalan Chow Thye, Georgetown,
Pulau Pinang 10050
MY
Phone: +604 227 1810
No comments:
Post a Comment