Sunday, September 4, 2011

De'Laily Home SPA ~ Review

De'Laily Home SPA



Tawaran hebat yang saya dapat melalui MilkADeal, hanya RM25. Tawaran tersebut selepas berakhir, diulangi semula di atas permintaan orang ramai.

RM25 instead of RM188 for Hari Raya Spa Special: 1 hour Spa: Hot Massage & Bubble Bath + Sauna + 30 mins Foot Massage + 40 mins Hair Wash & Blow + Head, Shoulder, Back Massage at De'Laily Home Spa, D'Piazza Mall [87% OFF]

Dewasa ini, sukar untuk mendapatkan khidmat tukang urut tradisional Melayu. Urutan tradisional Melayu adalah berbeda dari urutan Javanese, Thai. Kalau dulu-dulu, ramai orang tua yang pakar mengurut dikampung, tiada masalah mendapatkan khidmat mereka semasa berpantang atau urutan untuk membuang angin dan melancarkan perjalanan darah.

Saya telah membuat temujanji pada pukul 2 petang tadi. Lokasi De'Laily Home SPA terletak tidak jauh dari rumah saya. Setelah mencari barulah saya menemui lokasi De'Laily Home SPA. Ini adalah kerana masih tidak banyak kedai di D'Piazza Mall. De'Laily Home SPA merupakan anak syarikat kepada Laily Hair Care & Beauty Centre, syarikat bumiputera yang menawarkan rawatan rambut, muka dan badan dan mempunyai produk sendiri 'De'Laily'

Saya disambut oleh pekerja bernama Ila yang mesra. Pemilik SPA/Salon Puan Laily berada di resepsi. Gambarfoto Pn Laily bersama suami terpampang indah menyambut kedatangan pelanggan yang mengunjungi salonnya. Ternampak ada pasangan suami-isteri yang juga datang mengurut dengan pembelian kupon MilkAdeal.

Bersembang dengan Pn Laily, baru saya sedari bahawa saya sebenarnya boleh membeli kupon tawaran itu sebanyak yang saya suka. Mungkin kesilapan catatan di MilkAdeal kerana antara syarat yang dinyatakan adalah seorang pelanggan cuma boleh buat sekali redempsi untuk setiap tawaran. Namun kita boleh membeli sebagai hadiah kepada teman dan sanak saudara. Ishh.. rugi rasanya cuma beli satu kupon sahaja.

Harap-harap Pn Laily akan mengulangi tawaran Pakej Raya Bonanza sekali lagi. Kali ini saya tidak akan lepaskan peluang untuk membeli lebih banyak kupon.

Berbalik kepada suasana di salon De'Laily, hiasan dalamannya cukup simple. Sebahagian tingkat bawah kedainya adalah untuk salon rambut. Saya dibawa ke tingkat satu, iaitu tempat untuk SPA.
Pekerja Ila yang cukup dedikasi, bekerja dengan boss sama hampir 9 tahun memulakan rutin dengan urutan kaki. Urutan yang bertenaga terasa diurat kaki. Selepas itu, saya duduk disauna, berpeluh-peluh. Lepas itu, Bubble Bath. Relaks......Akhir sekali rambut saya dicuci dan blow.
Bestnya waktu santai memanjakan diri.


Temujanji saya yang berikut adalah pada 25 September ini. Pakej tersebut berbeda dari pakej hari ini. Tiada cuci dan blow rambut. Sebagai ganti, urutan seluruh badan. Itu yang saya suka.

Raya Bonanza! RM25 instead of RM370 for 1 hr Malay Traditional Full Body & Hot Ball Herb Massage + 30 mins Sauna + 30 mins Bubble Bath at De'Laily Home Spa, Bayan Lepas [93% OFF]

Walaupun tawaran sudah berakhir, kemungkinan ianya ditawar lagi.

Pada anda yang suka berurut jangan lepaskan peluang ini.

Layari web : http://www.milkadeal.com

Alamat : De'Laily Home Spa
70-1-43, D'Piazza Mall, Bayan Baru,
Pulau Pinang 11900
Phone: +604 646 0249

* For those of you, who likes Malay Tradisional Massage, do look out for the deal at MilkAdeal: http://www.milkadeal.com

2 comments:

missdicup said...

As salam Puan, saya nak tanya..

Actual spa ni di mana?
Boleh tak bagitahu saya landmarknya? sesuai utk org yang tak tahu jalan2 di penang..

kalau Puan sudi, emailkan kepada saya ye :
missdicup_o7@yahoo.com.my

NurzJ said...

Wslam, Miss
Sori lambat email kat u, agak sibuk kebelakangan ini.
Baru tadi emai u lokasi De'Laily.
Moga maklumat tu berguna untuk anda.
Selamat memanjakan diri.