Sejak menggunakan perbankan internet, saya jarang ke bank. Semuanya mudah dengan menggunakan perbankan internet misalnya CIMB Clicks, Citibank online, Maybank2u, dll. Tidak lagi perlu berbaris sesak untuk membayar bil2. Begitulah dunia masa sekarang, pelbagai perkhidmatan online yang disediakan oleh bank2.
Pagi tadi saya pergi ke bank untuk buat pindahan akaun simpanan ke ASB. Maybank, cawangan tanjung bungah merupakan bank kegemaran saya. Staf2 yang berpengalaman, cekap dan mesra adalah satu sebab saya suka ke situ. Apalagi staf-staf yang agak senior yang rajin melayani kerenah pelanggan. Sambil duduk menanti giliran, saya suka memerhatikan tingkahlaku staf dan pelanggan. Staf dikaunter terdiri dari pelbagai bangsa. Melayu, Cina dan India. 1Malaysia.
Sepatutnya staf dikaunter agensi-agensi kerajaan dan swasta juga dari pelbagai kaum. Staf-staf ini perlu dilatih untuk menandangani kerenah pelanggan-pelanggan. Apalagi pelanggan yang cerewet.
Adalah satu kelebihan sekiranya staf-staf dapat berkomunikasi dan memberi penerangan dalam banyak bahasa. Diiringi dengan senyuman mesra menyambut pelanggan, sudah tentu kita tidak kisah walaupun terpaksa menunggu giliran tiba. Segala pertanyaan dapat dijawab dengan baik dan permasalahan sekiranya ada dapat diselesaikan.
Inilah jenis khidmat pelanggan yang saya ingini!!
SENYUM SELALU
No comments:
Post a Comment