Monday, September 19, 2011

Sekadar Buat Renungan

Senario 1 ~ 'Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan'


Saya nak tambah, yang ini khusus untuk suami orang yang mabuk kepayang bercinta:-

Senario 2 ~ 'Buang isteri buang anak
kerana kekasih baru hamba turutkan'



Senario 1 ~ Saban hari kita akan terbaca berita di akhbar di mana para remaja yang lari dari rumah mengikut kekasih. Waktu bercinta sememangnya semua indah belaka. Nasihat ibu bapa tidak diendahkan. Yalah orang tengah mabuk bercinta. Ramai yang kahwin lari. Bila dah mengandung, ditinggalkan baru menangis tak berlagu. Baru teringat nak pulang ke pangkuan ibu bapa. Jadi buat para remaja, berfikir dahulu masak2 sebelum bertindak.

Senario 2 ~ Suami yang mabuk bercinta, angau lebih dashyat dari para remaja. Apa tidaknya terpaksa berbohong pada isteri bila nak berdating. Tengah hangat bercinta sampai lupa anak isteri kat rumah. Selepas tu pergi bernikah kat sempadan Thai pasal tak dapat 'green light' dari isteri. Akhirnya rumahtangga sedia ada hancur berkecai dek kehadiran orang ketiga.

**Bila mabuk bercinta, hati dan mata kita jadi buta. Ikutkan hati, badan binasa. Hitam putih kehidupan kita, kita sendiri yang mewarnainya.




No comments: