Monday, September 12, 2011

Wanita dituduh rogol anak lelaki

Wanita dituduh rogol anak lelaki

COLOMBUS: Seorang wanita Ohio dituduh memperkosa anak lelakinya yang berusia 10 bulan dengan merakam aksi itu dan kemudian menghantarnya kepada teman lelakinya di Michigan.

Ashley N Jessup, 24, didakwa di Columbus, Khamis lalu atas dua tuduhan memperkosa, satu tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan satu tuduhan memuaskan nafsu seksual membabitkan golongan yang lemah. Pendakwa raya daerah Franklin, Ron O'Brien berkata, Ashley menghantar rakaman video itu melalui e-mel kepada teman lelakinya di Battle Creek, Michigan dan ditemui bekas teman wanita lelaki itu yang kemudian menghubungi polis. - AP

** Hah, wanita rogol anak lelaki berusia 10 bulan ???? Apa dah jadi dengan dunia ini. Binatang pun tau sayang anak. Layakkah perempuan ini bergelar ibu. Zaman ini terlalu ramai orang yang sakit mental.




No comments: