Saturday, September 17, 2011

De Villa SPA Penang - Promosi Akan Datang



Siang tadi baru mengunjungi De Villa SPA untuk menjalankan rawatan SPA, terapi urutan dan mandian jacuzzi menggunakan kupon yang akan tamat tempoh tidak lama lagi. Setiap kali ke SPA, saya memang teruja. Saya menjadi pelanggan setia De Villa sejak 2 1/2 tahun lalu.





Pakej SPA dengan Jacuzzi ini memakan masa 2 1/2 jam dan merangkumi:-

* Urutan seluruh badan ( Aroma Therapy Massage ~ 2 jam )
Urutan menggunakan minyak aromaterapi pilihan ( saya memilih rose ) kerana aroma mawar yang
menyegarkan. Urutan oleh terapist terlatih dan berpengalaman sememangnya merelakskan, terasa
otot dan urat yang tegang menjadi longgar dan relaks.

* Lulur seluruh badan
Menggunakan lulur pilihan ( saya memilih rose untuk pencerahan ) Terdapat pelbagai pilihan
seperti lavender, kopi dan sebagainya. Kulit memang kelihatan cerah, bersih dan halus.

* Mandian bunga dalam jacuzzi ( bubble )

Saya dimaklumkan bahawa De Villa akan mengadakan promosi untuk pembelian kupon pada harga diskaun dan juga produk mereka bermula 1hb Oktober ( selama 2 minggu ).

Bagi anda yang ingin mencuba, saya sarankan anda menggunakan kesempatan semasa promosi ini kerana harganya adalah lebih murah.

Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk review saya terdahulu tentang De Villa SPA.




No comments: