Cendawan Ling Zhi atau "Ganoderma lucidum", ialah sejenis herba Timur popular.
Cendawan ini berwarna campuran antara merah dan perang dan berkilat seumpama disapu syelek.
Saiznya agak besar berbanding cendawan biasa dan keunikan bentuknya tidak pula menarik perhatian, walhal ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.
KHASIAT LING ZHI
Khasiatnya diperakui berabad lamanya sejak zaman Dinasti Shu di China iaitu kira-kira 2,400 tahun.
Ketika itu hanya mereka yang berstatus maharaja atau keluarga raja yang berupaya memilikinya kerana ia sukar didapatkan dan mahal.
Ada cerita mengatakan seseorang itu perlu memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke alam hutan rimba, bagi menjejaki cendawan Ling Zhi.
Akan tetapi pada era bioteknologi modern ini, manusia tidak perlu lagi bersusah-payah mendaki gunung dan menjelajah hutan untuk mendapatkan Ling Zhi.
Cendawan itu kini ditanam secara komersil di banyak negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat.
Dengan mempunyai bahan aktif dikenali sebagai 'polisakarida' yang berupaya menguatkan sistem imun, Ling Zhi boleh dijadikan langkah awalan untuk menghalang dan merawat kanser, anti-alergi, anti-radang, antiviral, antibakteria dan antioksidan, katanya.
Apabila sistem imun rendah, maka akan terbentuklah sel-sel kanser. Selain itu, Ling Zhi mempunyai antioksidan paling tinggi berbanding cendawan.
Antioksidan oleh menyingkir radikal bebas yang terbentuk dalam badan melalui metabolisme tubuh. Radikal bebas itu akan merosakkan lipid pada membran sel dan DNA. Jadi bila berlakunya serangan, badan boleh terdedah kepada penyakit seperti jantung, artritis dan penyakit lain.
"Penyakit-penyakit ini timbul apabila umur meningkat akibat kekurangan antioksidan. Pengambilan Ling Zhi dari awal menjadikan sistem imun sentiasa tinggi dan dapat melindungi diri daripada serangan pelbagai penyakit.
Ling Zhi juga baik untuk paru-paru dan hati kerana ia meningkatkan proses detoksifikasi.
Ling Zhi boleh beri harapan kepada pesakit diabetes.
Dikatakan khasiat cendawan Ling Zhi berupaya mengelakkan pesakit diabetes daripada dipotong kakinya .
Untuk bacaan selanjutnya, sila ke :http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2011/9/15/mstar_rencana/20110915125237&sec=mstar_rencana
Artikel itu menarik perhatian saya kerana baru-baru ini saya melawat saudara yang terpaksa dipotong kakinya (bawah lutut) akibat penyakit diabetes. Saudara saya berusia awal 40an, tahu dirinya menghidap diabetes tetapi tetap mengamalkan makanan seperti biasa ( yang tentunya banyak kandungan gula ) dan suka minum air kotak. Mula-mula tertendang batu, ibu jari luka dan tidak sembuh. Enggan ke hospital pada mulanya, bila akhirnya ke hospital, doktor terpaksa memotong ibu jari kakinya. Namun luka itu melarat, dan doktor terpaksa memotong bawah lututnya. Sekarang dia terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Sebenarnya penyakit diabetes boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan, suntikan insulin dan diet pemakanan yang betul. Terdapat banyak produk makanan khusus untuk pesakit diabetes. Baru-baru ini saya mengunjungi pasaraya untuk membeli hamper untuk teman yang menghidap diabetes. Saya memilih jem buahan, coklat, biskut, susu, minuman ~ semuanya tanpa atau kurang gula (khusus untuk pesakit diabetes)
No comments:
Post a Comment