Thursday, September 29, 2011

Tips Untuk Tidur Lena Di Waktu Malam

Sukar Tidur? Cuba tips ini

Tidur yang cukup adalah penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optima, sistem daya tahan penyakit yang kuat dan melindungi sistem tubuh lain yang mula terjejas apabila kurang tidur menjadi kronik.

Menyediakan diri anda untuk corak tidur yang baik dan rutin adalah penting terutamanya mereka yang sukar tidur.

Saya antara golongan yang menghadapi masalah sukar lelapkan mata, jadi saya cuba tip2 berikut dan saya nampak keberkesanannya.

1. Kekalkan corak tidur yang sama, termasuk hujung minggu.

2. Tetapkan rutin sebelum waktu tidur yang relaks. Rendam dalam tab mandi air panas,
selepas itu baca buku atau mendengar alunan music yang menenangkan jiwa.
( Saya memasang muzik SPA dengan bunyi deruan ombak, air , burung dan alam semulajadi
setiap kali sebelum tidur.

3. Jadikan suasana persekitaran bilik tidur yang gelap, sunyi, sejuk dan menyamankan.
Wangian minyak aromaterapi dapat membantu.

4. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan intimasi bagi menghubungkan katil dengan
tidur. ( Bila anda masuk bilik, minda anda sudah mengaitkannya dengan tidur )
Pastikan anda selesa di atas katil anda. Cadar yang bersih dan lembut.

5. Waktu terakhir makan hendaklah sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum waktu tidur biasa
anda.

6. Jangan minum air bergula atau kopi ( kaffein ) sebelum tidur.

7. Tetapkan rutin untuk bersenam, sasaran sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari.

8. Tenangkan minda anda, jangan memaksa diri anda untuk tidur.
Alihkan tumpuan minda anda dengan membaca sehingga anda rasa mengantuk.

Selamat Mencuba !




No comments: