Rasa-rasanya blog i ni kena makeover, maklum je lah macam wajah manusia. Kadang-kadang kena ada sedikit perubahan. Lagi-lagi kalau wanita. Kecantikan asli kena dikekalkan. Wajah yang cantik perlu dijaga dengan baik.
Bohonglah kalau ada yang katakan, kecantikan tidak penting.
Yalah, Bila kita beli barang, kita pilih yang cantik. Takkan kita hendak bayar untuk barangan yang tidak menarik.
Jadi sekiranya anda dikurniakan dengan kecantikan, bersyukurlah. Ianya suatu kelebihan. Tentunya kecantikan yang hakiki adalah ketulusan hati dan jiwa nan murni. Kekal sepanjang hayat kita.
Sebenarnya saya baru belajar untuk menukar wajah/rekabentuk blog ini.
Saya pilih rekabentuk ini kerana kehijauan membuat saya terasa dekat dengan alam semulajadi. Mata dan minda menjadi relaks memandangnya.
Harap-harap wajah baru ini akan menghilangkan kebosanan kalian semua.
Kalau ada komen untuk memperbaiki wajah ini, sila beri komen anda.
Buat anda yang berkunjung ke blog saya, terima kasih.
TERIMA KASIH DAUN KELADI
LAIN KALI SINGGAH LAGI.
No comments:
Post a Comment