Evil Mom |
SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit.
Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.
Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.
Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.
Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Baca selanjutnya :- STAR ONLINE
Binatang apa si ibu ini. Berani mengaku menjadi ibu konon. Anak gadisnya baru berusia 11 tahun ketika si ibu 'menghidangkan' kepada teman lelakinya. Santapan enak buat teman lelaki tercinta. Di kala usianya menjangkau 12 tahun, hadiah harijadinya adalah dirogol rakus oleh teman lelaki ibunya. Kali ketiga beraksi, si ibu sendiri merakamkan adegan itu dengan telefon bimbitnya.
Perempuan ini memang tidak layak bergelar ibu. Ada perempuan hanya tahu 'beranak'. Hukuman 21 tahun kerana bersubahat memang setimpal dengan perbuatannya. Bayangkan tekanan perasaan dan stigma yang akan menghantui kehidupan anak gadisnya. Perempuan semacam ini patut dijauhkan dari anak-anaknya yang lain. Memang ada kes dimana si ibu membiarkan anak gadisnya ditiduri oleh teman lelaki atau suami barunya kerana takut ditinggalkan.
Seorang Ibu sepatutnya melindungi anak-anaknya !
No comments:
Post a Comment