Semasa mengepam minyak di stesen minyak Esso ketika perjalanan pulang dari kerja, terpandang iklan pertandingan yang antara hadiahnya menawarkan pakej percutian pilihan sendiri bernilai RM10,000.00. Tiba-tiba sahaja fikiran ini menerawang teringatkan destinasi percutian SPA yang amat menarik yang pernah saya lihat dalam internet. ‘Alangkah bagusnya kalaulah saya yang terpilih, kata dalam hati saya. Kalau dapat percuma tentu lebih indah….bestnya.. Tak salahkan memasang angan-angan dan impian, mungkin satu hari nanti impian menjadi kenyataan. Saya tersenyum sendirian sambil memikirkannya..
12 destinasi percutian SPA yang Diimpikan :-
Bushmans Kloof, South Africa
|
One&Only The Palm, Dubai |
Saffire Freycinet, Tasmania |
Sandy Lane, Barbados |
The Scarlet Hotel, England |
Montelucia Resort & Spa, Arizona |
Six Senses Con Dao, Vietnam
|
Rasanya kalau sekadar RM10 ribu, tak cukup nak pergi percutian macam tu. Kalau mengimpikannya pun dah boleh buat saya tersenyum dan merasa senang hati, tak rugi walaupun mimpi di siang hari.. Sementara mimpi nak jadi kenyataan, SPA yang ada kat sini pun apa kurangnya. Dapat juga relakskan minda dan tubuh. Betul tak??
No comments:
Post a Comment