Bagi diri saya, masa sememangnya berlalu begitu pantas. Melalui rutin yang sama saban hari. Bangun pagi, bersiap untuk pergi ke pejabat. Dalam perjalanan mendengar radio HITZ.FM senyum sendirian dalam kereta dengan celoteh Morning Crew DJ JJ & Ean. Stres dalam kesesakan jalan dikurangkan dengan jenaka bersahaja 2 orang DJ berbakat ini.
Tiba di pejabat, fail bertimbun-timbun, tugasan menanti. Di tambah dengan panggilan telefon, memang tiada masa untuk bersenang lenang. Tik, tik, tik detik berlalu - tau-tau dah tiba masa untuk makan tengahari. Sejam selepas itu, sambung kerja sampai 6 petang. Kalau ada mesyuarat atau ke tapak projek, masa dihabiskan dengan memandu juga.
Lama tidak pergi bersenam, namun minggu ini saya mula rutin yang terhenti sekian lama. Rasa letih dan tidak bermaya membuat saya malas ke gym. Keahlian gym saya di absolute fitness akan berakhir hujung bulan ini. Saya serba salah membuat keputusan samada ingin memperbaharui keahlian atau tidak. Tetapi apabila difikirkan dengan mendalam, saya membuat keputusan untuk memperbaharuinya.
Yalah kalau dah takda keahlian, pastinya saya akan malas bersenam. Tetapi sekiranya masih aktif menjadi ahli, saya akan rasa rugi kalau tidak ke gym. Secara automatik saya akan memaksa diri ke gym.
Setiap kali pulang dari gym, hari sudah hampir larut malam. Tiba di rumah kalau tidak rasa letih, saya akan menonton tv atau melayari internet, blog dan lain-lain. Hari Isnin hingga Jumaat berlalu cepat.
Hujung minggu adalah untuk beristirihat, mengemas rumah, menghabiskan masa santai dengan anak-anak. Mengurut di SPA menjadi rutin utama hujung minggu, diikuti dengan sekali kala pergi berfacial.
Begitulah rutin hidup saya.
No comments:
Post a Comment