Penantian itu satu penyiksaan. Ianya bak detik masa terhenti. Rasanya terlalu lama. Walhal setiap hari tetap 24 jam. Namun sekiranya anda menghitung hari, emosi anda mempermainkan anda. Setiap saat berlalu begitu lambat, membuat anda ingin mempercepatkannya.
Dulu & Sekarang
Dulu - Luluskah?
Penantian puteri kesayangan bongsu saya akan berakhir 21 Mac ini. Saya doakan dia mendapat keputusan terbaik.
Nasihat saya padanya dulu, berusaha dan cuba yang terbaik – selepas itu kita pasrah dan tawakal menerima keputusannya. Kita mencabar keupayaan diri, tidak perlu terlalu bersaing dengan orang lain.
Buat anak-anak yang akan mengambil keputusan SPM kelak, kalau keputusan anda tidak sebaik yang anda jangkakan, jangan berputus asa. Ibu bapa sememangnya mengharapkan keputusan cemerlang anak-anaknya, namun apa jua keputusan anda, ibu bapa anda tetap menyayangi dan akan menyokong anda membentuk masa depan yang cerah.
Dulu & Sekarang
Dulu - Luluskah?
Sekarang - Berapa A?
Terkini - A+, A- atau A?
No comments:
Post a Comment