Monday, September 26, 2011

7 rahsia ~ Kenapa Orang Jepun Langsing

7 rahsia Melangsingkan Diri dari Jepun


Bagaimana orang Jepun dapat kekal langsing.
Naomi Moriyama mencari jawapan di dalam buku barunya tentang tip diet dari Timur.
( Penulis Buku Japanese Women Don’t Get Old or Fat. )

Dengan kadar obesiti hanya 3% dikalangan wanita ( dibandingkan dengan Perancis 11% ) tidak diragukan lagi – Orang Jepun punya rahsianya.

Menurut Moriyama, semuanya berpunca dari tabiat-tabiat berikut :-

Rahsia#1. Diet anda hendaklah berdasarkan, ikan, soya, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Rahsia#2. Makan dalam bahagian yang kecil, dalam mangkuk kecil. Semakin kecil mangkuk,
semakin sedikit anda makan.

Rahsia#3 Masak dengan minyak ‘ringan’ seperti canola, menggunakan kaedah lembut.
Misalnya mengukus, goreng cepat dalam minyak, mereneh, menyediakan makanan tanpa
minyak ‘berat’ seperti minyak zaitun dan memasak menggunakan oven dapat
menghasilkan makanan yang kurang lemak

Rahsia#4 Pilih beras dibandingkan roti setiap kali makan . Menghindarkan produk roti juga
termasuk muffin, apple danished dan white roll yang menyelerakan.

Rahsia#5 Jadikan sarapan waktu makan anda yang terbesar, paling banyak protein.
Anda akan rasa hebat dan bertenaga sehingga waktu makan tengahari .
Dibandingkan perasaan mengantuk.

Rahsia#6 Makan bahagian kecil pencuci mulut ( dessert ) sahaja. Namun jangan hindar terus
dari memakan coklat dan manisan. Cuma nikmati sekali sekali dan pastikan ianya
bahagian yang kecil sahaja.

Rahsia#7 Bersenam sepanjang hari. Masukkan senaman tidak langsung di dalam rutin anda dengan
berjalan ke tempat kerja ( atau jarak jauh ke perhentian bas ) dan pergi jogging
atau berkhemah di hujung minggu bersama teman-teman.

Rujukan :-

Japanese Women Don’t Get Old or Fat by Naomi Moriyama and William Doyle is published by Random House, RRP $29.95.


Komen saya : Mudah saja bukan, ikut tip-tip diatas. Takpayah nak pergi salon slimming yang
tentu mahal harganya. Badan kita, kita tentukan saiznya.




6 comments:

Hairun Azmi said...

Omoshiroidesne...

aida-myasara said...

wah cool...

Unknown said...

rahsia yang bukan rahsia lagi, mcm nak ikut tp susahnya nak disiplinkan diri ini..

Unknown said...

Arigato gozaimasu. ;)

Cik Puan iLa said...

ooo..baru tau sbbnye..huhu

slm perkenalan,,jumpe kt innit td,, ;)

NurzJ said...

Thanks all for visiting my blog.

Miecyber : Memang menarik, manusia sibuk mencari 'pil ajaib' untuk langsing dan sihat, walhal penawar ada di depan mata. Kembali pada asas dan alam semulajadi.

Aida-mysara : memang coool giler. Tak susah, cuma kita yang selalu buat susah.

zAnAfAhMi : Buat yang paling senang dulu. Lama-lama terbiasa dah jadi rutin.

oktant : TErima kasih daun keladi,lain kali singgahlah lagi, k.

Cik lla : Slm, selamat dtg, maklumat yang mendatangkan kebaikan semestinya dikongsi bersama !