Tekanan perasaan? Kemurungan? Kurang kasih sayang? Putus Cinta?
Tidak bahagia? Kesempitan Hidup? Dianiaya? Kesunyian? Mangsa Buli? Mangsa Dera? Mangsa Rogol?
Apakah ini sebab untuk mengakhiri hidup anda?
Itulah persoalan yang timbul
di fikiran saya setiap kali saya membaca berita mengenai kanak-kanak atau
remaja yang membunuh diri. Apakah ini
fenomena yang semakin berlaku dikalangan generasi muda yang sepatutnya menjadi
golongan pelapis Negara?
Hari ini saya membaca e-akhbar dan terdapat 2 berita kejadian tragis
berlaku di Pulau Pinang.
Kedua-duanya pelajar pintar, kehidupan yang cerah di depan
mereka. Mengapa mereka mengambil langkah
sedemikian.
Seorang berusia 24 tahun, penuntut dalam pengajian perubatan, anak
kepada seorang pakar kulit ternama di Pulau Pinang dan dari keluarga yang
berada. Ditemui mati terjatuh dari Tingkat 4 di sebuah
pusat membeli belah. Ayahnya memberitahu
anaknya tertekan sejak memulakan pengajiannya beberapa bulan dahulu.
Baca berita sepenuhnya : http://thestar.com.my - Student falls to his death & Student found hanged
Seorang lagi penuntut lelaki tingkatan enam. Ditemui mati tergantung oleh keluarganya. Seusia dengan anak perempuan saya. Kata anak saya, teman yang mengenali lelaki
tersebut mengatakan dia pelajar yang bijak namun tidak mendapat keputusan
seperti yang dijangkakan. Sejak
akhir-akhir ini, dia semakin menyepi diri.
Mungkin terkilan kerana tidak mendapat A+ dalam semua subjek dan
tercicir dari ditawarkan ke pusat pengajian tinggi. Tak tahulah sejauh mana kebenaran cerita ini.
Lalu saya memberitahu anak perempuan saya, hidup ini penuh cabaran
dan dugaan. Ini baru sedikit dugaan,
sudah tidak tahan. Semakin kita dewasa,
semakin banyak dugaan hidup. Kita perlu
tabah menghadapinya. Kalau kita tidak
dapat mencapai impian kita, kita
berusaha lebih kuat nescaya kejayaan milik kita. Gagal sekali bukan berakhirnya kehidupan ini.
Sambutnya sebagai cabaran dan cabar diri sendiri.
Beberapa hari yang lalu, terbaca ada kanak-kanak berumur 9 ditemui mati
terjatuh dari pangsapuri, juga berlaku di Pulau Pinang. Minggu lepas, ada kanak-kanak berumur 11
tahun juga mati terjatuh dari pangsapuri.
Juga di Pulau Pinang. Dia meninggalkan
nota perpisahan.
Saya tertanya semuda usia ini, apakah mereka ini juga mengalami
tekanan perasaan. Sesuatu harus dibuat agar perbuatan ini tidak menjadi
ikutan. Hidup ini terlalu berharga untuk
disia-siakan begitu sahaja.
Para ibu bapa perhati, dengari, timbangrasa dan berilah kasih sayang
sepenuhnya kepada anak-anak anda.
Kerjaya penting, namun nyawa anak anda lebih penting. Jangan bila nasi sudah jadi bubur, baru anda
menyesal. Jangan bila tubuh terbujur
kaku di depan anda, baru anda menangisi dan meratapinya. Memang semua ibu bapa menaruh harapan tinggi
kepada anak-anaknya. Tetapi bukan semua
anak-anak yang boleh menanggung tekanan yang teramat dari ibu bapa.
Anak saya memberitahu ada temannya yang senantiasa merungut
kepadanya. Hidupnya disalut dengan
segala kemewahan tetapi kosong kasih sayang.
Lantas jawab anak saya padanya.
“Apa yang anda miliki, saya tidak ada namun apa yang anda tidak miliki,
saya ada”
Pada para remaja, sekiranya anda mempunyai masalah. Luahkan pada seseorang yang rapat. Atau organisasi yang sememangnya diwujudkan untuk mendengar masalah dan menasihati anda. Jangan segan, dapatkan bantuan. Layari laman ini : BEFRIENDERS
Dekatilah
ibu bapa anda. Semua masalah ada
penyelesaiannya. Kita perlu hadapi
setiap dugaan yang mendatang. Inilah sebahagian dari proses kehidupan. Ada pasang surutnya. Ada kala kita berduka, Ada kala kita bersuka ria. Tiada apa yang berharga selain dari nyawa
yang Tuhan berikan.
Moga-moga tiada lagi berita begini di muka akhbar. Tiada lagi ibu bapa yang menangisi pemergiaan anak
dengan cara begini..
26.05.2012 - Memetik
kata-kata dari ayah dari Kes 1 – penuntut pengajian perubatan. Ayahnya mempercayai anaknya itu terlibat
dalam cinta tiga segi dan kecewa kerana putus cinta
My advice to parents is to spend more time
with your children. Do not pamper them too much by giving them all they want.
“Otherwise they may not be able to take rejection, as there are some things
that money can't buy,” he said.
No comments:
Post a Comment