Monday, May 21, 2012

Peminjam PTPTN Tidak Perlu Bayar Balik


Nanti Dulu !  Jangan terlalu seronok bila terdengar tak perlu bayar balik..

Sudah tentu ada syaratnya .



Petikan dari : http://mstar.com.my 
Sejumlah 11,764 Peminjam PTPN Tidak Perlu Bayar Pinjaman

BANDAR TUN RAZAK (Pahang): Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini, Ahad.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.

Ismail berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.

Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.

Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.

Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. BERNAMA

 _______________________________________________________________________

Saya antara yang tidak bersetuju bila ada yang memprotes agar pinjaman PTPTN ini tidak perlu dibayar balik.  Lihat penulisan saya terdahulu tentang PTPTN. -  pinjaman-ptptn.

Namun saya menyokong penuh pembayaran balik ini dikecualikan dan ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar yang membuat pinjaman itu Berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Ianya merupakan suatu bonus kepada mereka yang benar-benar berusaha.

Jadi kalau anda antara yang meluahkan ketidakpuasan anda dalam hal pembayaran pinjaman PTPTN, elok anda tumpukan minda dalam pelajaran dan memperolehi keputusan yang membanggakan, tentu pihak berkenaan akan mengecualikan anda dari membayar balik.  Jangan asyik berdemostrasi dan memprotes, namun pelajaran semakin merosot dan keputusan peperiksaan menghampakan.

Jangan asyik bertanya apa sumbangan Negara pada Anda,
Tanyalah apa sumbangan Anda pada Bangsa, Agama & Negara!


 29.06.12 -  http://mstar.com.my  PTPTN Lupus Pinjaman RM457 Juta Kepada 16,959 Graduan

No comments: