Saat ini terdengar bunyi salakan anjing dari jiran
sebelah. Teringat rancangan reality
television Dog Whisperer Cesar
Millan yang ditayangkan di
rangkaian Nat Geo WILD .
Saya bukannya
peminat binatang seperti anjing dan kucing.
Saya tidak minat langsung.
Tambahan pula, saya alah pada bulu binatang.
Namun saya nampak
ramai orang yang sayangkan binatang seperti anjing dan kucing.
Ada yang
berbelanja beribu-ribu semata-mata memelihara binatang kesayangan. Malahan ada binatang yang bernasib baik lebih
dari manusia. Ia disayangi oleh tuannya
seperti anak dan dilayan bak menatang minyak yang penuh. Kata teman-teman, anjing adalah binatang yang
mengenang budi, suka bermanja dan setia pada tuannya. Memang ada jenis anjing yang begitu comel dan disukai ramai.
Seperti kata Cesar
Millan, dari tingkah laku binatang seperti anjing, kita akan ketahui bagaimana
tuannya. Sekiranya tuannya berjaya
mengawal tingkah laku anjingnya maka anjingnya akan mendengar kata. Sebaliknya sekiranya mereka gagal, tingkah
laku anjing mereka akan teruk. Saya
seronok menonton rancangan itu meskipun saya tidak memelihara sebarang binatang
kesayangan.
Berbalik kepada persoalan
anjing di rumah sebelah, anak perempuan saya cukup takut dengannya.
Bila terdengar
kami membuka pintu sahaja, anjing itu mula menyalak. Kekadang saya cuba menggunakan teknik yang
pelajari dari Cesar Millan untu mengawal anjing itu, namun setakat ini tidak
berhasil, maklum sahaja anjing itu bukan milik saya pun.. Haha
Sebenarnya kalau
anda tinggal diapartment, anda tidak dibenarkan untuk membela anjing. Namun ramai yang dalam diam-diam memeliharanya
dalam rumah. Ah.. tak kisahlah asal
jangan dibiarkan ia berkeliaran diluar.
Ada poster yang ditampal di hadapan lif yang memberi amaran kepada
tuanpunya anjing, sekiranya didapati anjing mereka berak di kawasan apartment,
mereka akan didenda.
Jadi sekiranya
anda tuanpunya anjing, sila bersikap lebih bertanggungjawab. Pastikan anjing anda diikat dan tidak
berkeliaran merata-rata. Kalau rumah anda ada memelihara anjing yang ganas dan boleh membunuh, pastikan anda meletakkan tanda amaran tentang adanya anjing tersebut. Sekurang-kurangnya kalau ada perompak yang nak masuk rumah anda, diapun berfikir berkali-kali.
Baru-baru ini saya
terbaca diakhbar, seorang warga emas mati digigit anjing jirannya.
Khabarnya anjing
itu terlepas keluar dan menyerang warga emas yang malang itu.
Di Pulau Pinang,
tidak lama dulu, ada juga kes dimana ada seorang pelancong asing yang digigit mati oleh 2
ekor anjing bila dia mendekati anjing-anjing itu.
Masalahnya salah
anjing atau salah tuannya ??? Nyawa seseorang melayang kerana kelalaian tuanpunya binatang. Ada mangsa yang bersalah kerana memasuki sesuatu tempat walaupun sudah sedia maklum terdapat anjing yang garang. Tabiat binatang ini adalah menyerang bila terancam.
Kenali jenis baka anjing yang anda ingin miliki. Jangan hanya beli kerana ikutan namun tidak memperdulikan binatang tersebut. Sesetengah jenis anjing memang dilatih untuk berbuat demikian. Akhirnya ada orang terbunuh kemudian anjing dibunuh pula.
Kenali jenis baka anjing yang anda ingin miliki. Jangan hanya beli kerana ikutan namun tidak memperdulikan binatang tersebut. Sesetengah jenis anjing memang dilatih untuk berbuat demikian. Akhirnya ada orang terbunuh kemudian anjing dibunuh pula.
No comments:
Post a Comment