Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kenaikan untuk 24,000 guru

KUALA KANGSAR: Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kenaikan pangkat ke atas 24,000 guru sempena sambutan Hari Guru di sini hari ini.

Kenaikan tersebut membabitkan 8,222 pemegang ijazah dan 15,831 pemegang diploma dan peruntukan sebanyak RM 934 juta.

Muhyiddin berkata bahawa seramai 390 guru telah dinaikkan ke Grad DG54 sementara 676 ke DG52.

Sejumlah 3,938 guru akan berada di Grad DG48 dan 19,805 di Grad DG44 sekarang.

Semua kenaikan adalah berdasarkan waktu (time based) dan prestasi cemerlang guru

Guru boleh menyemak status kenaikan di laman Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup ini suatu proses pembelajaran yang berterusan !!!


Wow... Berita baik untuk para guru sempena Hari Guru !
Sekuntum Mawar Buat Guru Yang DiSayangi

Sememangnya guru yang dedikasi layak menerima kenaikan tersebut.

Terdahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang membimbing generasi Malaysia dulu, kini dan selamanya.

Terkenang guru-guru yang pernah muncul dalam hidup saya dahulu. Dari tadika sehinggalah saya tamat pengajian tingkatan enam.

Guru-guru adalah manusia biasa namun istimewa, yang mengajar dan memperturunkan ilmu kepada kita.

Guru-guru yang mengajar dengan penuh minat akan menjadi guru kesayangan setiap murid dan akan dikenang sehingga akhir hayat.

Gelaran ‘cikgu’ akan melekat dan kekal walaupun dia sudah pencen.  Kalau terserempak bekas anak murid tentu akan dipanggil cikgu.

Ada guru yang aktif dan berbakat, menjadikan pengajarannya satu subjek yang disukai oleh anak murid.  Ada pula guru yang mengajar sambil lewa, sekadar menjalankan tugas sebagai guru.  Selalunya subjek yang saya sukai gurunya,  keputusannya adalah lebih baik.

Teringat beberapa guru yang asyik mengantuk bila datang kelas.  Anak-anak murid apalagi mula bergossip bila dia muncul.  Guru menjadi teladan kepada anak murid.  Bak peribahasa ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’

Terima Kasih buat guru-guru yang pernah singgah dalam hidup saya dan anak-anak saya, Terima Kasih Guru !


No comments: