Nyawa Atau Wang Menjadi Taruhan ?
Kes penculikan Nayati berakhir dengan kelegaan dan kegembiraan.
Kes penculikan Nayati berakhir dengan kelegaan dan kegembiraan.
Lihat artikel saya dahulu mengenai penculikannya :- bantu-mencari-nayati
Khabarnya ibubapanya telah membayar wang tebusan yang diminta oleh
pihak penculik. Dan si penculik-penculik
berpegang pada janji untuk melepaskan Nayati setelah wang diterima. Nayati pulang dengan selamat.
Namun kes-kes penculikan sebelum ini, mangsa kanak-kanak tidak
bernasib baik. Mungkin juga kerana
tujuan penculikan bukan kerana wang.
Kalau kerana wang rasanya, penculik tak sebodoh itu untuk memilih mangsa
dari kalangan keluarga tidak berduit.
Saya berpendapat tindakan ibubapa Nayati untuk membayar wang tebusan
adalah tepat. Kerana yang penting dan
utama adalah keselamatan anak mereka. Wang boleh dicari, namun nyawa cuma ada
satu sahaja. Selamatkan anak dahulu, kerja menangkap penculik ditangan
polis. Kalau pihak polis cekap
menjalankan tugas nescaya penculik-penculik terbabit akan ditangkap tidak lama
lagi.
Ada orang yang menegaskan kalau selalu menunaikan kehendak penculik,
bermakna penculik akan semakin rancak untuk lebih giat memerhatikan dan menyasarkan anak orang
kaya. Ada yang mengatakan Malaysia sudah
tidak selamat lagi. Sebenarnya saya
selalu juga membaca berita luar, penculikan juga berlaku diseluruh dunia.
‘Selagi ada manusia yang ingin dapatkan wang dengan jalan yang
mudah, selagi ada manusia yang tidak berperikemanusiaan, selagi ada manusia
yang bernafsu syaitan, selagi itulah anak-anak kita tidak selamat’
No comments:
Post a Comment