Nampaknya kehadiran internet dalam kehidupan manusia, menjadikan
segala kemungkinan itu kenyataan.
Internet memudahkan dan mendekatkan manusia sejagat. Ternyata internet mempunyai kebaikan dan
keburukannya.
Sekiranya kita menggunakan untuk kejahatan maka hasilnya dunia ini
menjadi semakin kejam, namun sebaliknya sekiranya kita menggunakan untuk jalan
kebaikan maka hasilnya dunia semakin aman dan maju.
Jelas sekali, zaman ini kebanyakan muda mudi sudah celik IT. Dengan kebijaksanaan yang dimiliki, ada yang
menggunakannya untuk jalan yang salah, memperolehi kekayaan dengan singkat.
Sekarang bila hendak membeli barangan pun tak perlu keluar, cuma pesan
ditalian, bayar dengan kad kredit, Nah.. barang sampai di muka pintu. Teringin makan pizza hut, pun boleh pesan
melalui talian. http://www.phd.com.my/. Maklumat syarikat, pembelajaran serba
segalanya kita dapat perolehi dari talian.
Kerancakan facebook memeriahkan lagi dunia IT.
Sekarang orang boleh beli dadah di talian, memesan perkhidmatan
pelacur di talian, macam-macam penipuan di talian. Saban hari kita membaca bagaimana wanita yang
mengenali lelaki melalui internet ditipu wangnya, lelaki tua yang memburu kanak-kanak
dan macam-macam lagi yang muak kita ketahui.
Begitulah bilamana manusia merekacipta sesuatu untuk kebaikan, ada manusia yang lebih bijak menggunakannya untuk kepentingan dan ketamakan diri sendiri seterusnya menghalakannya ke jalan kebinasaan.
Terbaru saya membaca kes Nayati, khabarnya penculik menggunakan
FACEBOOKnya untuk berkomunikasi dengan ayahnya Shamelin Moodliar bagi
meminta wang tebusan RM1 juta.
24 jam selepas penculikan itu, ayahnya telah dihubungi oleh penculik.Oleh
kerana ayahnya tidak dapat memenuhi jumlah tersebut, perundingan dijalankan sehingga
jumlah dikurangkan dan dipersetujui RM300,000.00 dan dibayar pada hari Rabu sejurus
sebelum Nayati dibebaskan.
Kaedah penculik menggunakan laman rangkaian sosial untuk menghubungi
keluarga mangsa adalah agak baru dan tidak pernah di dengar oleh PDRM. Sebelum ini penculik selalunya menggunakan
telefon bimbit untuk menghubungi keluarga mangsa untuk wang tebusan .
No comments:
Post a Comment