Wednesday, May 30, 2012

Teguran & Kritikan

Saya selalu katakan pada anak-anak, sekiranya orang terutamanya ibu bapa /saudara mara menegur kita, itu bererti mereka mengambil berat dan menyayangi kita.  Kita hendaklah menerima teguran itu dan membaiki kesilapan/kelemahan kita.  Andaikata orang tidak mahu menegur kita lagi bermakna orang sudah putus asa terhadap kita.  Teguran dan kritikan yang baik kita terima sebagai suatu cabaran untuk menjadi lebih baik.

Teman yang akrab akan menegur kita bila kita melakukan kesilapan.  Teguran akan menyedarkan kita dari terus melakukan kesilapan yang lebih besar.  Begitu jua sebaliknya, kita harus menegur teman kita bila perbuatannya salah. Jangan hanya mendiamkan diri.

Begitu jua teguran rakyat kepada pemerintah.  Seharusnya teguran diterima dengan hati yang terbuka dan mereka yang bertanggungjawab sepatutnya cuba membaiki kekurangan diri atau masalah berbangkit dan menjadikannya lebih baik.  Selagi rakyat menegur, bermakna rakyat masih sayangkan pemerintah.  Pemerintah dan jentera kerajaan yang baik akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan sesuatu dengan baik dan mengutamakan kepentingan rakyat.  Bila rakyat mula mendiamkan diri, bererti mereka sudah hilang kepercayaan kepada sistem pemerintahan.  Dengar luahan rakyat, jangan sampai apa yang terpendam, diluahkan secara tidak terkawal.  Pandangan rakyat seharusnya diberi perhatian seiring dengan slogan 1 Malaysia, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan



Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa selain dari Yang Maha Esa !

No comments: