Thursday, May 31, 2012

Saman Menyaman

Saban hari, sebaik sahaja anda membelek akhbar atau layari e-akhbar, selain dari berita politik, apa yang anda sering baca akhir-akhir ini??



Saya jarang membaca cerita tentang politik kerana bagi saya politik Malaysia membosankan. Cerita yang sama hari-hari. Seperti drama minggu ini. Rasanya ahli politik kita layak mendapat anugerah seperti pelakon-pelakon terkenal.


Nampaknya episod saman menyaman semakin rancak.  Rasanya yang untung adalah para peguam. Yalah kes semakin banyak.

Jadi berhati-hati apa yang anda katakan, apa yang anda buat, apa yang anda tweet, apa yang anda sms atau mms, kerana hal yang kecil akan menjadi besar.

  
Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati.
Maksudnya : Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.


Lebih baik berdiam dari berkata-kata, kerana kadangkala kata-kata boleh membuat anda terjerumus ke dalam kemelut yang tidak berkesudahan.  Kata-kata yang benar pun tak menjamin anda tidak disaman.  Apalagi kalau ianya merupakan sesuatu yang tidak benar dan menjatuhkan maruah seseorang.


Namun kalau sekadar pendapat peribadi, wajarkan seseorang itu disaman??

No comments: