Saturday, May 26, 2012

Hidangan Yang Tidak Mungkin Anda Makan

Dunia sekarang, berlaku terlalu banyak kegilaan.  Andaikata manusia terbabas dari landasan dan normal kehidupan, terciptalah pelbagai kekalutan. 

Terbaca berita luar Negara, Jepun - membuat saya jijik dan rasa hendak termuntah.  Saya mula berfikir dunia ini memang penuh manusia yang sakit jiwa raganya.

Tak taulah siapa yang lebih gila, orang yang memasak dan menyajikannya atau orang-orang yang membayar untuk memakannya.


Yakkkk…  memang nak termuntah ni…

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lelaki Jepun, 22 memasak alat kelaminnya dan menyajikannya kepada tetamu berbayar di majlis makan malam.


Mao Sugiyama 22 seorang ‘asexual’ ( orang yang tidak berminat pada seks???  Rujuk wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Asexual alahai ini kategori manusia apa pula!!!!) telah menjalani pembedahan untuk memotong zakarnya.

Kerana dia ‘asexual’, puting dada juga dipotong.  Alat kelaminnya tidak digantikan dengan alat kelamin wanita buatan dan tidak menerima rawatan hormon wanita.????

Pada mulanya dia ingin makan alat kelaminnya sendiri tetapi berubah fikiran dan menawarkan melalui tweet, £800 untuk seorang.  Tetapi, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membahagikan ‘sajiannya’ kepada 5 orang tetamu berbayar £160 seorang.