Saya seorang yang neutral bukan penyokong sebarang parti
politik. Saya antara orang Malaysia yang
inginkan keamanan, perpaduan dan persefahaman antara kaum di Malaysia. Satu perkara yang paling saya benci adalah
para ahli politik memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan mereka. Saya percaya ramai orang Malaysia juga
bersikap demikian. Banyak peristiwa yang
berlaku akhir-akhir ini, yang mulanya berniat elok, berakhir dengan kekasaran
kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memporak perandakan
keadaan. Justeru itu, saya berpendapat
sebarang perhimpunan yang bercampuradukkan politik akan menimbulkan
masalah. Apalagi bila ada kumpulan yang
menyokong dan ada pula kumpulan yang membangkang. Bila berlaku persengketaan dan pergaduhan
tanpa kawalan, pastinya ada yang terkorban.
Berita terpampang kelak membiarkan dunia luar melihat dan mentertawakan
kita.
Nampaknya trend terkini memang melucukan. Apa tidaknya, ianya menggambarkan minda
orang-orang kita yang keanak-anakan.
Bila ada pihak yang tidak setuju dengan seseorang, maka mereka boleh
bertindak berniaga dan berdemonstrasi di hadapan kediaman orang itu. Bukankah itu bermakna menceroboh privasi
seseorang? Ada pula yang menari senam
tonggeng punggung beramai-ramai di hadapan rumah seseorang.
Baru-baru dikhabarkan bahawa penyokong pihak ini pula berura-ura untuk
protes ‘tose’ di hadapan rumah seseorang sebagai tanda memprotes perbuatan
mereka. Namun cadangan ini tidak
diteruskan atas nasihat orang yang privasinya dicerobohi. Tidak guna membalas perbuatan bodoh dengan
perbuatan yang bodoh.
Ada pula yang bertindak meletakkan gambar seseorang menandakan
kematian seseorang dihadapan rumahnya? Bukankah itu penghinaan pada seseorang
yang masih hidup?
Dimana pihak berkuasa seperti pihak Perbandaran atau pihak polis
dalam menandatangani masalah ini.
Bukankah berniaga disesuatu tempat tanpa kebenaran itu suatu kesalahan?
Atau mengacau ganggu privasi seseorang itu juga suatu kesalahan?
Apa yang ingin kita tunjukkan pada generasi muda sekarang?
Misalnya kalau anak anda tidak suka atau tidak sependapat dengan
kawannya. Lalu diajak kawan-kawannya
menari tonggeng punggung pada kawan ini.
Apakah ini perbuatan yang betul?
Kalau saya tentu saya marahi budak itu dan kawan-kawannya atas perangai
kurang ajar mereka. Kita mengajar
anak-anak untuk menghormati semua orang.
Namun kelakuan setengah orang dewasa menunjukkan sebaliknya.
Apa sudah jadi dengan dunia ini??? Dunia luar mengambil kesempatan untuk mentertawakan kita..
Geleng kepala.. hmmmmmmm.. |
No comments:
Post a Comment