Kaya Atau Miskin?
Kalau anda melalui kawasan perumahan di Jalan Western dan lain-lain
kawasan perumahan mewah Pulau Pinang, pasti anda akan teruja dan tertarik
dengan deretan rumah agam yang tersergam indah.
Akan kelihatan beberapa buah kereta mewah menghiasi perkarangan rumah
–rumah tersebut.
Namun sekiranya anda benar-benar perhati, anda akan mendapati
penghuni di dalamnya hanyalah beberapa orang sahaja.
Seperti kata teman saya, selalunya rumah banglo ini, yang tinggal hanyalah
sepasang suami isteri tua. Bertemankan
binatang kesayangan (anjing/kucing) dan pembantu-pembantu rumah asing. Mana tidaknya, anak-anak dihantar ke luar
negeri untuk belajar. Bila habis
belajar, kebanyakan mereka jarang kembali ke tanah air. Terus bekerja dan menetap diluar Negara. Memang wajar kata anak-anak mereka, kerana
pendapatan mereka adalah jauh lebih tinggi dibandingkan jika kembali bekerja di
sini.
Kita beralih pula, ke kawasan perumahan bagi golongan berpendapatan
rendah. Rumah pangsa kos rendah
contohnya di Rumah Pangsa Padang Tembak, malahan banyak lagi perumahan kos
rendah disekitar Pulau Pinang ini.
Perbezaannya teramat ketara, di mana rumah kecil ada yang bilik cuma satu
atau dua. Anak-anak pula berderet-deret,
tinggal dirumah yang sempit. Ada yang
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Anak-anak belajar dalam negeri, bila dewasa bekerja setempat, menumpang
dengan ibu bapa mereka.
Saya selalu memerhati dan berfikir, kiranya wang ringgit menjadi
perbandingan tentunya orang kaya menjuarainya.
Tetapi sekiranya kasih sayang menjadi ukuran, orang miskin berdiri megah. Miskin harta tapi kaya anak..
Mana pilihan anda, kaya namun kesepian atau miskin tapi sentiasa
didampingi anak-anak?
Apakah kebahagiaan kita, wang menjadi kayu pengukurnya?
Ada manusia yang memuja kuasa wang, dan merasakan wang
segala-galanya. Orang-orang begini
dengan mudah diperdaya oleh kuasa wang.
Menjadi hamba wang. Rasuah,
penipuan yang berleluasa akibat tamak haloba dan inginkan kekayaan dengan jalan
mudah.
Kata teman lagi, andaikata kita tidak dilahirkan dalam keluarga
susah yang serba kekurangan, sudah tentu kita akan berhujah bahawa wang bukan
segalanya. Tapi andai anda seorang
darinya, anda akan berkata wang itu senjata yang hebat. Anda akan ingin Berjaya dan keluar dari
kesengsaraan yang melingkari hidup anda sebelumnya.
Masih terus memerhati dan berfikir...... Saya inginkan kesederhanaan, di antara kaya dan miskin di tengah-tengah ! |
No comments:
Post a Comment