Jantina
acaan selanjutnya : transgender-miss universe
Membaca berita di akhbar, senantiasa membuat saya terfikir, apa dah jadi dengan dunia ini? Macam-macam perkara yang berlaku setiap hari, menimbulkan tanda tanya. Manusia sekarang sudah hilang pedoman.
Berita Pertama – Antarabangsa - Wanita 'Tukar Jantina' Dibenarkan Bertanding dalam Miss Universe.
Kisah bermula apabila organisasi dan penganjur Miss Universe hendak membatalkan penyertaan salah seorang peserta dari Kanada Jenna Talackova (23 tahun) apabila mengetahui Cik Jenna dilahirkan sebagai lelaki. Dia kemudiannya menukar jantina ketika umurnya 19 tahun untuk menjadi wanita sepenuhnya kerana katanya dia ‘terperangkap dan dilahirkan di dalam tubuh yang salah’.
Cik Jenna tidak berpuas hati dan melawan keputusan organisasi Miss Universe atas dasar diskriminasi terhadap golongan sepertinya. Akhirnya organisasi Miss Universe mengalah dan membenarkannya bertanding dan bermulalah era golongan ini berdiri bersama wanita ‘tulen’ untuk pemilihan Miss Universe.
Sebelum ini, syarat penyertaan adalah perempuan, berusia 18 hingga 26, belum berkahwin dan beranak dan mestilah kekal bujang sepanjang memegang gelaran Miss Universe tahun berkenaan.
B
Berita Kedua – Tempatan - Suami Mendakwa Isteri Seorang Lelaki.
Nama Sri Wani Choo Abdullah, 37 seorang mualaf, usahawan wanita kosmetik menjadi bualan dan perhatian apabila suaminya mendakwa beliau seorang lelaki dan kini terlibat dalam kemelut perceraian.
Suaminya bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Bahrom Sanugi, 61 menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk memaksanya mengambil ujian DNA bagi membuktikan jantina isteri ketiganya itu.
Bacaan selanjutnya : Sri Wani
25 April 2012 - Berita Terbaru, bekas suami Sri Wani terpaksa menunggu sehingga 19 Jun 2012 untuk mengetahui keputusan DNA bagi mengesahkan jantinanya.
04J une 2012 - Sri Wani Saman Peguam Syarie RM10 Juta http://mstar.com.my - Kenyataan Fitnah : Pengasas Butik Kecantikan Saman Peguam Syarie RM10 Juta
25 April 2012 - Berita Terbaru, bekas suami Sri Wani terpaksa menunggu sehingga 19 Jun 2012 untuk mengetahui keputusan DNA bagi mengesahkan jantinanya.
04J une 2012 - Sri Wani Saman Peguam Syarie RM10 Juta http://mstar.com.my - Kenyataan Fitnah : Pengasas Butik Kecantikan Saman Peguam Syarie RM10 Juta
30 Ogos 2012 Sri Wani Berjaya Ketepikan Empat Permohonan http://mstar.com.my
Saya tergamam membaca berita sebegini. Keliru ! Soalnya di masa hadapan, bagaimana kita hendak memastikan ketulenan jantina seseorang. Lihat saja (lelaki/perempuan?) di Thailand, kecantikan mereka mengatasi perempuan tulen. Dengan kepakaran dan kecanggihan pembedahan kosmetik sekarang, tidak sukar mengubah wajah. Mata yang kecil dapat dibesarkan, gigi yang jonggang boleh dicantikkan, hidung boleh ditinggikan, wajah boleh ditajamkan, buah dada boleh dibesarkan dan sebut sahaja mana-mana bahagian yang ingin diubah, pakar surgeri kosmetik boleh lakukan asalkan punya wang.
Seperti kata seorang artis India, apa yang Tuhan tidak beri, doktor boleh beri…
No comments:
Post a Comment