"It does not matter what
job you are doing but, it does matter that you are doing a job"
"If you need food on
your table, always try to earn it"
‘Bekerja seolah hidup selamanya’.
Kata-kata diatas menunjukkan betapa pentingnya pekerjaan buat diri
kita. Sempena cuti Hari Pekerja ini,
saya ingin menyentuh sedikit mengenainya.
Saya sering terdengar ketidakpuasan seseorang, yang asyik mengeluh
dan mengaduh tentang syarikatnya. Kononnya
gaji sedikit, kerja banyak dan macam-macam lagi. Kononnya ditempat lain dia akan mendapat gaji
yang lebih tinggi. Lantaran saya pula
bertanya kepadanya, apa sumbangan anda pada syarikat anda? Adakah anda benar-benar menjalankan tugas
anda sebaiknya? Atau adakah anda selalu mencuri tulang? Sudahkah anda nyatakan ketidakpuasan kepada
pihak majikan anda? Kalau ya dan keadaan
masih tidak berubah, dan anda rasa anda lebih bernilai dan seronok dengan
pekerjaan lain, tunggu apa lagi, letak jawatan dan mulakan kerja lain. Yalah, apalagi kalau usia masih muda. Kalau asyik merungut pun tidak menghasilkan
apa-apa, naik meluat kita mendengarnya.
Sebenarnya dalam satu syarikat, semua pekerja memainkan peranan
penting. Dari budak pejabat ke kerani
am, pengurus semuanya saling memerlukan.
Tanpa pekerja, syarikat tidak akan berfungsi.
Bagi anda yang berada di pejabat, yang asyik selinap masuk internet,
melayari facebook, membaca email peribadi, melihat saham anda naik turun, yang
asyik bergayut dengan telefon bimbit, yang asyik masuk bilik air dengan hp ,
itu sebahagian dari curi tulang.
Pada anda yang dulunya pernah bekerja, sekarang bekerja sendiri dan
jadi boss – fahamilah pekerja anda. Hasilkan
suasana bekerja yang lebih selesa. Berikan
inisiatif dalam bentuk kenaikan gaji, melancong dalam negeri atau luar, agar
mereka lebih gigih bekerja dan hasilnya produktiviti menjulang. Ternyata, pekerja yang dibebankan kerja yang terlalu
banyak akan stress dan keseronokan kerja menurun.
Akhirkata, kalau anda golongan yang baru ingin memasuki alam
pekerjaan, ceburi bidang pekerjaan yang anda benar-benar minati, pastinya anda
akan gembira mengerjakannya.
Alternatifnya, zaman ini, anda boleh memilih untuk kerja dari rumah, bebas menentukan masa sendiri, pendapatan anda bergantung pada usaha anda. Tepuk dada, tanya selera !
No comments:
Post a Comment