Setiap kali, terdengar ura-ura perhimpunan atau perarakan oleh pihak
bukan kerajaan ( yang berbaur politik ), pasti orang tua saya akan menelefon
saya mengingatkan saya membeli barangan untuk simpanan sekeluarga dan tidak
melalui jalan atau menyertai pergerakan tersebut. Begitulah kebimbangan generasi tua, kerana
mereka pernah melalui zaman pengolakan dan melihat pelbagai kesusahan yang
dilalui ketika itu. ( Sejarah telah
tercatat segalanya ). Bagi generasi ini,
mereka menghargai keamanan yang telah dicapai hasil dari generasi
sebelumnya. Mereka menghargai kehidupan
yang lebih baik dibandingkan sebelumnya.
Bagi generasi saya dan seterusnya yang dilahirkan dalam kehidupan
yang serba lengkap sekarang, pemikiran mereka agak berbeza. Tidak melalui zaman penjajahan Jepun, peristiwa
gelap Mei 1969, maka kita tidak ambil endah kewujudan keamanan dan kesenangan
yang dikecapi. Kewujudan masyarakat
pelbagai bangsa hidup harmoni dalam satu Negara.
Saya berpendapat walau apapun tujuan sebarang perhimpunan, secara
aman untuk menyatakan hasrat kepada kerajaan, akan ada pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab yang menjadi dalang menaikkan semangat peserta-pesertanya
untuk bertindak ganas dan melulu.
Apalagi bila ada penyertaan golongan politik dari pihak
pembangkang. Adanya golongan ini secara
langsungnya akan mempolitikkan perhimpunan itu, dan seterusnya mencetuskan dan
membakar ‘semangat’. Selepas itu, nah..
keberanian dan keganasan bermula.
Peristiwa ini sudah kita saksikan di dalam perhimpunan yang lalu.
Apa yang kita dapat ? Akan
ada yang tercedera, Alhamdulillah tidak ada yang terkorban setakat ini. Akan ada kerosakan harta benda. Apa kesudahannya? Penganjur sendiri mengaku tidak dapat
mengawal keadaan. Hakikatnya mereka
sudah tahu akibatnya, namun buat-buat tidak tau.. Demonstrasi begini yang hendak ditunjukkan kepada dunia luar.
'Jangan Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.'
No comments:
Post a Comment