Bertudung
Benci orang yang hipokrit.
Bila teman-teman sepejabat komen tentang wanita bertudung, selalunya saya diam sahaja kerana enggan komen mengenai nya.
Siapalah saya untuk mengkritik sesuatu yang telah diwajibkan. Sebenarnya saya suka melihat mereka yang berpakaian menutup aurat, bertudung manis wajah mereka.
Yang ingin saya sentuh adalah apabila seseorang wanita itu mula memakai tudung, perlulah dia menjaga tingkah lakunya. Sebabnya ianya memberi gambaran menyeluruh kepada orang lain tentang agama Islam, lebih-lebih lagi kalau sudah bertudung. Selain dari kelakuan dan perangai, niat pun hendaklah murni dan bersih. Paling meluat bila melihat perempuan bertudung, namun berpakaian ketat menampakkan susut badannya, berperangai gedik. Saya berpendapat seseorang harus memahami kenapa dia bertudung, benar-benar bersedia. Bukannya terpaksa, seperti remaja perempuan sekolah menengah kebangsaan yang diwajibkan bertudung ke sekolah. Balik sekolah tudung dibuang, rambut alahai berwarna warni. Ada seseorang yang saya kenali, bertudung sekejap sahaja kemudian tidak lagi berbuat demikian kerana katanya rambutnya tumbuh kutu. Saya rasa itu cuma alasannya sahaja.
Bila bertudung bererti ada batasannya yang tersendiri. Takkan bertudung tapi nak pergi berseronok clubbing atau duduk berdua-duaan bukan muhrim di tempat yang gelap. Rata-rata bertudung, namun melakukan perangai yang tidak senonoh. Memalukan sahaja !
Pada anda yang bertudung, syabas !
Pada anda yang belum, pastikan anda benar-benar bersedia. Anda memikul tanggungjawab yang berat kerana anda adalah gambaran seorang muslimah sejati, zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment