Sempurna – Dalam Ketidaksempurna
Andai anda melihat cermin, apa yang anda lihat pada wajah anda?
Kiranya anda ingin melihat dan mencari ketidaksempurnaan pada wajah
anda, saya percaya anda akan menemuinya.
Kiranya anda ingin senaraikan satu persatu, pastinya senarai yang
panjang berjela-jela
Anda akan mula mengeluh mengapa :-
1) Kulit muka tidak selicin model
2) Kulit muka berjerawat
3) Kulit muka
tidak cerah
4) Mata tidak
bersinar
5) Mata tidak
besar
6) Bawah mata
gelap
7) Hidung tidak
mancung
8) Mulut tidak
cantik
Senarainya berterusan, itu baru bertumpu pada muka, belum ke
bahagian tubuh lain. Keyakinan diri akan
terus tergugat.
Namun kiranya anda melihat ke cermin, menatap wajah anda dan
menerima ketidaksempurna diri anda, anda akan berasa sempurna dan bersyukur kerana anda punya mata untuk
melihat dan segala pancaindera yang berfungsi dengan baik. Anda bersyukur menjadi diri anda dan bukannya orang lain.
No comments:
Post a Comment