Tips Untuk Meredakan Batuk
Bila batuk kita tidak berhenti, bukan sahaja menganggu teman-teman sekitar kita, malahan kita rasa peritnya.
Batuk bukan sahaja sukar berhenti, malahan terus berlarutan walaupun kita sudah mengambil ubat doktor.
Tips ini saya terima dari email teman, untuk meredakan batuk :-
Gril Oren
1. Pertama, tebuk lubang di tengah buah oren bagi tujuan membenarkan haba masuk ke dalam isinya agar ianya senang dikupas selepas dipanggang.
2. Letakkannya di dalam oven biasa. Panggang selama 10 minit, jus buahan mula keluar. Apabila oren dipanggang, kewangiannya terserlah.
3. Panggang sehingga oren (seperti sebelah kiri dalam gambar ) dengan kulitnya sedikit hangus. Keluarkan seluruh oren.
4. Oren yang dipanggang itu mudah dikupas. Campuran sedikit garam akan menjadikannya lebih manis masam dan lebih bagus untuk meredakan batuk.
Tips yang mudah dan murah ! Selamat Mencuba.. |
No comments:
Post a Comment