'Lelaki Mengandung’
Cerita dari luar negara ini menarik
perhatian saya !
Al kisah, ‘Encik’ Thomas Beatie
dilahirkan sebagai wanita, bernama Tracy Lagondino di Hawaii pada tahun 1974,
namun katanya dia selalu berkeinginan menjadi lelaki.
Semasa berusia 20an, dia mulai
mengambil injeksi testosterone dan hormon lelaki yang menjadikan fizikalnya
kelelakian.
Pada tahun 2002, dia menjalani mastektomi dan secara sah menjadi lelaki namun dia
memilih untuk menyimpan vagina, rahim dan organ perempuannya agar dia bersama
pasangannya dapat mempunyai anak. Ini adalah kerana isterinya Nancy telah
menjalani histerektomi ( Pembuangan rahim atau dinding abdomen secara
pembedahan) kerana masalah endometriosis.
Nancy lebih tua 11 tahun dari Thomas dan mempunyai 2 anak remaja hasil
perkahwinannya terdahulu. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003.
Pada tahun 2007, ‘Encik’ Thomas mengandung anak
pertama Susan melalui sperma yang diderma, diikuti 2 anak kemudian.
Ianya menjadi berita hangat dan mendapat liputan
meluas pada masa itu. ‘Encik’Thomas didakwa membuat duit hasil dari ‘episod
mengandungnya’ Namun pasangan ini juga terpaksa melalui kritikan dan ugutan
dari masyarakat yang tidak dapat menerima keluarga yang tidak normal ini.
Beliau juga menghadapi masalah untuk pengesahan
anaknya, iaitu dia sebagai bapa dan isterinya sebagai ibu. Terpaksa melalui
pelbagai cabaran dan banyak wang dikeluarkan untuk melantik peguam
mengendalikannya.
‘Akhirnya terpaksa mendaftar anak-anaknya sebagai
anak angkat meskipun secara biological ianya adalah dari telur saya, ini tidak
adil dan saya terpaksa menanggung kos yuran peguam yang tinggi, katanya
Terbaru, telah dikhabarkan pasangan ini telah
berpisah.
Bacaan selanjutnya : Dailymail
Keliru,
keliru, keliru.. Macam-macam dunia ini.
Saya
berpendapat kena tambah satu kategori jantina untuk golongan ini
Baca
tulisan saya terdahulu mengenai topik ini
|
No comments:
Post a Comment